Sunday 24 March 2013

Hobi peneman dikala sunyi

Assalamualaikum, selamat pagi semua. Pagi nie tak ada apa nak diperkatakan, cuma hendak berkongsi hobi aku peneman dikala sunyi. Minat aku dalam seni fotografi dari kecil lagi sewaktu di sekolah menenggah lagi cuma ketika itu susah nak dapatkan kamera, guna kawan punya kamera digital. Dulu aku cuma ada kamera telefon bimbit sahaja. Sewaktu aku di UiTM aku sudah mula bertukar dari kamera telefon bimbit ke kamera digital. Aku pakai tak lama sekejap je, lepas tu aku beli kamera DSLR. Sedikit demi sedikit aku belajar sendiri, dan ada juga aku belajar di internet sahaja. Pembelian kamera DSLR ini bukan hanya untuk menunjuk, tetapi ianya minat. Ketika aku sedih dan berasa keseorangan cepat-cepat aku ambil DSLR dan pergi ketempat-tempat yang menarik. Aku akan puas apabila tehasil hasil seni aku. hati aku senang dan lapang apabila melihat gambar-gambar yang telah dihasilkan dari tangan aku sendiri walaupun tidak sehebat Profesional fotographer yang lain. Dibawah ini sedikit perkongsian gambar-gambar yang telah aku ambil :