Wednesday, 26 December 2012

Semoga berbahagia hendaknya

Tuhan Jagakan Dia – Motif Band
Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia

Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku


Sebenarnya tak tahu nak update blog nie... Saja suka2 dengar lagu nieh... =)


''Ya Allah ya tuhanku,jika dia benar jodohku,dekatkanlah hatinya dgn hatiku.. ikatkanlah kasih sayang antara ku,( dia dan pilihan hatinya ).redhailah kami,peliharalah kasih sayang ini sehingga ke akhir hayat kami.semoga dia dapat menjadi jodohku yg terbaik dlm hidupku dan imamku yg soleh hingga ke akhirnyaa.. aamiinn :') ''

smoga doa anda di jabal rahmah di makbulkan
amin yaa rabbal al amin =)




Tuesday, 25 December 2012

kisah aku 02

assalamualaikum, daripada kisah pertama aku dah ceritakan serba sedikit tentang latar belakang aku dan waktu kecil aku. Pada kisah yang kedua ini, aku nak cerita sewaktu aku dizaman peersekolahan rendah dan menengah. Baiklah aku mulakan dengan cerita aku dari aku bersekolah di sekolah rendah. Masih ingat lagi, di hari pertama aku melangkah ke sekolah rendah (darjah 1). Pada pagi itu emak yang mempersiapkan segala persiapan aku termasuklah diri aku. Pada pagi itu aku senang bangun sebab terlalu teruja dengan hari pertama, mesti ramai kawan dalam fikiran aku. Setelah semuanya selesai, abah menghantar aku pergi kesekolah dengan menaiki motorsikalnya. Sampai sahaja di sekolah, abah memimpin aku dan membawa ke kelas untuk proses pendaftaran. Setelah semuanya selesai aku pun duduk di tempat yang telah ditetapkan. Abah aku pun salam abah dan abah pun keluar dan memerhatikan sahaja aku dari jendela kelas. Ramai rakan-rakan kelas aku. Ibu-bapa pun ramai menemankan anak-anakya diluar. Aku pun leka bila bertemu kawan-kawan kelas, apabila aku melihat di jendela abah pun tiada. Rupa-rupanya abah dah balik, pada masa itu aku tidak menangis pun kerana malu pula bila ramai kawan-kawan. Ada juga kawan-kawan aku yang menangis sehinggakan guru kelas menutup pintu. Masa itu, aku hanya mentertawakan beliau. aku ditempatkan di kelas 1mutiara (kelas yang pertama). Didalam kelas nie yang paling nakal sekali ialah Salleh. memang cukup-cukup nakal orangnya, aku pun menyampah. Tetapi lama kelamaan aku pun boleh sesuaikan diri dengan dia. Cukup aku ceritakan dihari pertama aku sewaktu darjah 1. 

Sewaktu aku berada di sekolah rendah aku boleh juga dikatakan nakal. Setelah habis waktu persekolah pada jam 3.30p.m (sekolah rendah 7-12, sekolah agama 2-3.30) aku cepat-cepat salain pakaian dan keluar bermain dengan kawan-kawan. Sampailah jam 7.00 petang barulah pulang. Cakap sahaja parit mana di kampung ini semua aku dan kawan-kawan dah masuk. Dengan memancinglah, menyauk ikan, sampai lah mandi parit. Biasa kalau aku pergi mandi parit emak ngan abah tidak tahu. Kalau mereka tahu matilah aku memang kena libas pakai rotan dengan emak. kalau hari hujan memang kawan-kawan aku cukup suka hendak pergi mandi parit sebabnya air parit memang tinggi dan dalam. Air pun cukup deras. Pernah sekali aku mandi semasa air deras, aku dihanyutkan nasib ada diantara rakan-rakan yang menyelamatkan aku. Kalau tidak mungkin aku dah arwah. Masa ini aku memang tidak pandai berenang pun. Pekara yang paling aku tidak boleh lupakan ialah, aku dan kawan-kawan ponteng sekolah agama dan aku pergi mandi parit. Masa itu, emak dan kawan-kawan aku punya emak datang serang kita orang dengan membawa rotan masing-masing. Kelam-kabut semua sekali naik keatas. Masa itu semua kena belasah dengan rotan ada yang sampai patah pun ada. Ada benda yang aku tidak boleh terima emak kawan aku itu dia pukul semua sekali kawan-kawan termasuk aku sekali. Fuuhhh! masa itu aku redha jelah. Balik dengan air mata melilih-lilih. Sampai dirumah, aku ingat dah selesai rupanya aku kena lagi sekali dalam bilik air. memang cukup-cukup kaw kena rotan. lepas kena rotan emak ambil berus dan sental satu badan aku. Perghh dahlah kena rotan lepas itu kena berus lagi. Abah memang Jarang memukul aku. Dia akan simpan dahulu lemak-lemak aku sampai satu tahap yang betul-betul dia tidak tahan baru dia memukul aku. Kebiasaanya dia hanya meninggikan suara sahaja, itu pun dah cukup menakutkan aku sampai aku menangis dan menyorok dibawah katil (tempat kebiasaan aku merajuk atau menangis). Cukup aku ceritakan sewaktu aku bersekolah rendah.

Selepas melangkah ke sekolah menengah, Aku dah mula bermain motorsikal. Masa itu memang aku tidak duduk rumah, selalu keluar malam melepak sampai pukul 10. Kerja sekolah memang tidak pernah buat apatah lagi mengulangkaji pelajaran. Kebiasaanya aku akan meminjam buku kawan aku iaitu Amirul Ilias (pelajar cemerlang). Sewaktu di tingkatan 1-3 memang cukup-cukup degil. Aku memang tidak suka dengan seorang budak perempuan ini, kita orang panggil dia "busuk @ kerengga". Aku selalu dipanggil oleh cikgu displin atas kesalah aku membuli budak perempuan ini. Tiap-tiap tahun (dari tinggkatan 1-3) nama aku mesti naik. Sampai satu masa cikgu bertanya pada aku yang aku ini ada hati ke pada dia? Dari saat itu aku dah tidak kacau dia lagi.

Ingat lagi masa di tinggkatan dua, ada seorang pelajar baru masuk nama dia Mohamad Nazri B Md Yasin (sekarang dah jadi kawan baik). Badan agak besar juga, lagi besar dari pada badan aku. Dekat sekolah aku sering membuli beliau. Tapi dia tidak pernah pon marah. Pernah sekali sewaktu pulang sekolah aku tertarik kocek baju dia sampai terkoyak rabak tapi dia x marah pon. Masa tu aku agak cuak jugaklah. Hahaha, masa tu memang lawak, macam mana aku yang badan kecik nie boleh membuli orang yang lebih besar saiz badan dengan aku. Aku tak ingat macam mana aku boleh berkawan baik dengan beliau nie. Sewaktu aku naik ke tinggkatan empat aku satu kelas dengan dia, mungkin juga disitu aku rapat dengan dia. Aku cukup berterima kasih dengan dia, kerana dia aku juga berubah dari nakal ke kurang nakal.

Dulu aku akui, yang aku ada menghisap rokok. Tetapi sejak aku berkawan dengan beliau aku berhenti merokok serta merta. Banyak juga yang aku selalu buat bersama dia, masuk pertandingan nasyid (sampai peringkat daerah), main badminton satu group, cari duit sama-sama (kait buah kelapa), dan macam-macam lagi. Kerana dia aku juga dilantik sebagai pengawas sekolah. Entah bagaimana aku terima jawatan sebagai pengawas sekolah ini. Selepas sekolah dia berpindah ke Keluang, jarang jugak berjumpa. Tetapi dalam setahun mesti dia akan datang ke rumah aku. Emak aku pun dah angap dia sebagai anak. Apa pun aku berterima kasih kerana kau banyak membantu aku untuk merubahkan diri aku ini.

aku pengawas gangster

aku ngan nazri gambar di hari raya

dari kiri belakang amri, amirul, nazri, dari kiri depan aku, nuh, firdaus, dan amin.
kami semua sekepala, sekawan dan sepermainan



Thursday, 20 December 2012

kisah aku

Assalamualaikum.....Nama diberi Mohamad Syaifulnizam Bin Satar. Abah bernama Satar Bin Jamal tetapi pangilan (Shukur). Nama emak pula Juriah Binti Mohd Sa'aid. Dilahirkan pada tanggal 17.07.1991 di Hospital Pakar Sultanah Aminah Muar, Johor. Dan sekarang umur ku 21 tahun. Berasal dari Ledang ( yang dahulunya dikenali dengan daerah Muar) Johor. Asal usul memang "orang kampung" menetap di Felda Sri Jaya Bukit Serampang. Mendapat pendidikan awal di sekolah Tabika Kemas, selepas itu ke Sekolah Kebangsaan Felda Sri Jaya dan menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Tun Sri Lanang, selang setahun aku melanjutkan pelajaran di UiTM Beting Kuala Pilah, Negeri Sembilan mengambil jurusan Dilploma Pengurusan Ladang. Panggilan yang diberi oleh keluarga ialah Abang Long (walaupun tiada adik beradik aku selesa dengan pangilan itu sehingga sekarang). 
abah, sepupu (kiri), aku (kanan)

mak dan aku
Aku dibesarkan dengan cara hidup bersederhana sahaja. Tiada yang istimewa tentang diriku. Aku memang rapat dengan emak, dan emak adalah rakan karibku sewaktu kecil memandangkan aku tunggal dan tiada adik beradik. Kemana sahaja emak pergi aku pasti mengikutinya. Abah memang selalu memanjakan aku berbanding emak. Cara dia melayan aku pun berbeza, bila abah ada dirumah dia selalu bergurau dengan aku (rindu saat-saat ini), kadang-kadang dia mengikuti kerenah aku dengan membawa aku pergi kekedai membeli jajan. Satu hari dekat 4 atau 5 kali akan kekedai. Saat yang paling aku rindukan apabila aku kena tinggal dengan abah apabila dia hendak keluar, aku akan cakap 'abah nak pergi mana? abang long nak ikut', dan abah kata 'tak boleh' tetapi aku akan cakap 'nak ikut', walaupun sampai tahu yang aku tak dapat ikut pun. Paling banyak masa aku bersama ialah dengan emak, sebabnya abah jarang berada dirumah. Rindu sangat-sangat zaman kecik-kecik dahulu. Apakan daya masa tidak boleh diulang dan digantikan. Serius aku rindu kan emak dan abah bersama =(

Sampai disini sahaja cerita serba sedikit tentang diri aku. In Shaa Allah akan bersambung
songkok aji feberet

kasut pink
makan limau barli sampai tertidur